
Nikmat Islam sering kita lupakan.. maklumlah kita seringkali sibuk dengan nikmat2 dunia bersifat material namun kita terlupa nikmat Islam. nikmat Islam membawa banyak kebaikan kepada kita dengan Islam kita terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik dengan Islam kita menjadi orang berjaya dunia akhirat..cuba kita lihat ramai juga yang telah berjaya di dunia seperti pemenang di pentas dunia tapi malangnya tanpa Islam...kejayaan yang dimiliki olehnya tidak sempurna.. kerana dunia dia berjaya akhirat dia terlupa...rugilah jikalau kita seperti golongan ini..
Tetapi sekiranya kita seorang yang kurang berjaya tapi menikmati sepenuhnya nikmat Islam.. melaksanakan seperti yang diajarkan di dalam Islam.... kita sebenarnya berjaya.. kejayaan kita diredhai Allah dengan Usaha dan Tawakkal.. insyaAllah... tetapi, sekiranya kita berjaya di dunia... ditambah dengan kekuatan iman dan kepatuhan kita melaksanakan apa yang diajarkan di dalam Islam.. sudah pasti kita akan merangkul kedua2nya pemenang di dunia dan akhirat...
Itu hanya gambaran kecil tentang nikmatnya Islam itu... Islam itu lengkap dan syumul, semua telah diajarkan di dalam Islam jika kita patuh baiklah natijahnya jika kita ingkar buruklah padahnya.. ada orang kata nak buat baik susah nak buat jahat senang ja tapi hakikatnya nak buat baik senang sebab selepas tue tak perlu susah tapi kalau buat jahat susah sebab selepas tue tak kan senang.. Islam ingin memudahkan kita terpulanglah pada kita ..oleh yang demikian penulis mengingatkan kepada diri sendiri dan kepada rakan2 semua syukurilah nikmat Islam.. kerana nikmat Islamlah yang akan menyelamatkan kita..Islam itu mudah tidak menyukarkan..terpulanglah pada kita untuk menilainya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan