Isnin, 21 Jun 2010

ujian adalah tarbiah daripada Allah









ramai menyangka setiap ujian yang menimpa mereka adalah sangat berat berbanding dengan yang lain.. selalu mengeluh... dengan apa yang diberikan oleh Allah. ada yang merasakan tidak berpuas hati dengan nikmat yang dilimpahkan oleh Allah... itu lumrah sifat manusia selalu tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi.. menginginkan sesuatu yang lebih..



Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


nikmat tidak disyukuri..ujian pula sering dipandu dengan keluhan.. seperti tidak dapat menerima hakikat sebenar.. sebenarnya di setiap ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t semuanya mempunyai imbalan... saguhati bagi mereka yang bersabar.. sebaliknya bagi mereka yang sering mengeluh.. mempersalahkan pencipta...maka dia adalah orang yang rugi..







ujian yang menimpa sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah pada hambanya... mengapa di uji? kerana Allah ingin hambanya ingat kembali kepada penciptaNya... dan yang paling penting agar manusia dapat merasai ingin mendekatkan diri semula kepada Allah... al-maklumlah manusia akan kembali semula mengingati Tuhannya apabila sudah ditimpah sesuatu yang membuatkan dia menyedari akan segala tindakannya adalah salah..




seringkali di dalam doa... memohon untuk dirahmati hidup...seringkali memohon agar diampunkan dosa... tetapi tanpa disedari masih terus-terusan melakukan dosa... kemudian Allah memberi ujian...tujuannya untuk mentarbiah namun..ramai yang mengeluh... ibarat seorang pekebun, diberi tanah yang percuma untuk bercucuk tanam, dia teringin sangat untuk memakan jagung tapi langsung tidak tahu menanam jagung...



tapi bayangkan jika seorang pekebun yang ingin memakan jagung kemudian menanam jangung...insyaALLAH apabila berbuah ia akan merasai sendiri kemanisan dan kepuasan menanam jangung.. walaupun sewaktu menanam jangung pelbagai perkara yang menyusahkan dia contohnya kena menyiram pokok setiap hari..kena mencari sumber benih jangung... tarbiah juga begitu... dengan ujian...pastinya selepas itu ada kemanisan yang akan dirasai...



kehidupan ini diibaratkan sebagai roda, kadangkala berada di atas dan kadangkala berada di bawah.. jadi janganlah kesal atau bimbang.. jika engkau diuji... tidak bermakna engkau akan tersiksa selama-lamanya tetapi ianya hanya training untukmu sebelum tibanya cahaya hikmah itu..dengan rasa redha dan sabar menghadapi ujian..insyaALLAH dirimu akan bahagia..dan ujian ini adalah tarbiah yang paling berkesan untuk memantapkan seseorang.

1 ulasan: