Selasa, 4 Januari 2011

bertambah ahli keluarga

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t hari ini diberikan hujan yang begitu lebat ditambah dengan kedinginan cuaca memberi kenyamanan dan kesejukan kepada masyarakt di tanah borneo ini.. hari ini rasa bersyukur sangat kerana selama ini hanya menanti dan akhirnya semalam pukul 10.23 lahirlah seorang insan baru di muka bumi ini..semoga kelahirannya dan membantu meneruskan perjuangan jujungan yang kita kasihi nabi Muhammad s.a.w insyaAllah..

aisyah humairah..

lembut namanya.. putih kemerah-merahan kulitnya..tangisannya menghiburkan..kehadirannya mengembirakan.. terima kasih ya Allah atas kelahirannya.. ianya anugerah besar bagi kami sekeluarga. kini genaplah mereka berlima...

Rabiatul Adawiyyah
Ibnu Luqman
Fatimah Zahra
Abdul Basiet

dan......... Aisyah humairah

rezeki dari Allah..

semoga kehadiran mereka akan membantu untuk terus menyebarkan syiar agama Islam dan menjadi Mujahid dan Mujahidah penegak agama insyaAllah..


acik sayang anak-anak saudara acik :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan