Isnin, 26 April 2010

aku perlu berubah...




hari-hari sebelum ini pasti mendatangkan perkara2 yang berbeza seperti saat ini aku berasa ia turut berubah.... aku kena cuba mencari penawar bagi kecederaanku ini tapi ke pelosok mana harus aku selami??




sangat bersyukur kerana aku sudah mula sedar... sekuntum bunga yang segar itu... adalah dari akar yang sihat.... dahan yang kukuh.... serta daun yang tidak layu... masih teguh walau ditiup oleh bayu....




aku akan cuba untuk memperbetulkan semula diriku... segala niat-niatku..... dan juga diriku.....kesilapan yang lalu bukan untuk dikesali tetapi untuk dijadikan sebagai "pemintangan"... jangan jadikan diri indah pada luaran sahaja kerana yang mahal dan yang berharga itu adalah apa yang ada di dalamnya...




ibarat lautan........ jika kita terpesona pada keindahan luarannya sahaja tanpa melihat dalamannya kita akan rugi tetapi sebaliknya jika kita melihat sambil menyelam kedasarnya percayalah kita akan memperolehi yang lebih..... aku tidak mahu mereka memandang hanya di luar sahaja... dalaman lebih berharga..... kini aku cuba ingin memulihkan dalaman ini... kerana terasa kurang dan kosong....doakan agar ianya dapat ditarbiyah dengan kalimah ayat2 al-furqan yang suci serta zikir yang sentiasa bermain dibibir........aku perlu berubah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan