nak belajar itu......... belajar menulis?boleh kah?pandai kah? apapun cubalah... perkataan seperti ini seringkali kedengaran daripada segelintir insan yang sebenarnya mempunyai bakat tetapi kurang meyakini diri sendiri. agaknya kenapa ya? adakah kerana kurangnya dorongan atau bagaimana? tetapi jika ditanamkan sifat positif pada diri dengan latihan yang kuat sudah pasti seorang yang tidak pandai menulis boleh jadi pandai menulis bukan setakat pandai menulis tetapi akan menjadi seorang pakar menulis........ bila senyap sendiri sambil termenung mood nak menulis akan menjadi 100% terasa segala dimenungkan mencurah2 macam volcano.... tetapi bila dah mula duduk kat depan pc atau laptop mulalah "hanggg.." kenapa agaknya? kerana kurangnya semangat nak menulis ...keinginan hanya ingin2 ayam ja bukannya ingin2 sangat begitulah dengan ana juga.... selalu ja ingin2 ayam...
menulis sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya, bila kita sudah merasai halawahnya kita akan mula jatuh cinta padanya....kadangkala kalau orang dah asyik menulis pena yang digenggam ibarat emas, keyboard yang ditekan ibarat ketulan2 permata yang disentuh...
di setiap tulisan yang kita hasilkan juga kita kenalah meletakkan pelbagai jenis input agar isi yang terkandung di dalam hasil tulisan kita akan bersifat beraneka... ana ada seorang kawan lama sama2 kelas waktu form 5 dia sangat rajin menulis.setiap kali matapelajaran bahasa malaysia jangan hairanlah kerana dia akan menjadi top student, mana xnya.... semua hasil karangnnya memang bgus!! bila membaca hasil2 karangan yang dibuatnya dahulu... ana menanam azam tuk menjadi seperti dia... suka menulis.... teringat kalau nak tulis diari terhad semuka untuk 1 hari tetapi bagi dia.... cerita sehari di tulis sehingga ke 2-3 muka... rajin sangat dia menulis... dalam kelas dulu... cikgu selalu komen karangan kiteorang yang kelihatan sangat tidak matang... berbeza dengan dia yang sering menerima pujian bertimbun2... nak jadilah macam dia tapi boleh kah??
cikgu hajah inda salbiah kata boleh ja yang penting banyak latihan.... so mulai hari ini ana nak mengajak sahabat2 semua agar mula menulis.... tulislah apa saja yang kamu mahu yang penting biarlah input2 di dalam hasil tulisan kamu memberi manfaat kepada ummat... insyaALLAH
jika dilakukan secara istiqamah pasti anda semua akan menadi seorang penulis yang berjaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan