Isnin, 11 Oktober 2010

minggu memeningkan....

Alhamdulillah tak sedar2 dah seminggu balik ke tanah semenanjung ini... sewaktu kat sabah dulu seringkali terfikir apakah yang apa agaknya dugaan dan nikmat yang akan diperlohi di tanah semenanjung ini... Alhamdulillah tarbiah dari Allah...sampai ja di sini semua ok pada asalnya tapi...........selepas itu...Allah telah mula menguji syukur atas nikmat ujian ini...ana tahu ini tanda Allah sayang pada hambanya

minggu nie memeningkan?? betul ke?? huhu tidak memeningkan cuma sedikit terkejar-kejar sudah sebulan tidak masuk ke dalam bilik kuliah...banyak benda yang telah tertinggal tapi tidak bermakna kena berputus asa... masih boleh kejar lagi insyaAllah...begitulah pesanan salah seorang pensyarahku Puan Saleha...terima kasih puan..




Alhamdulillah dalam masa seminggu juga, Allah membantu hampir 2 Tugasan telahku sempurnakan Alhamdulillah... dalam minggu nie ada banyak event... Alhamdulillah sabtu baru2 ini ana berpeluang menghadiri "SIRAH MUZIKAL" ajuran ISMA dengan kerjasama beberapa badan yang lain... program yang dianjuran oleh ISMA perfect... tahniah tuk semua jemaah ISMA dan badan-badan yang turut menjayakan...




di dalam SIRAH MUZIKAL telah diadakan pementasan lakonan yang baik dan memberi sedikit kesan di dalam jiwa penonton... walaupun terdapat sedikit kecacatan tetapi ianya tidak mempengaruhi pementasan... bermula dari fenomena kejahiliyahan sehingga kepada pemerintahan khalifah sultan Hamid II. Berakhir dengan kematian belian disebalik susunan besi yang kukuh (penjar)...melihat teater ini membuatkan hati ini sebak seketika... perjuangan yang telah mereka lakukan mempertahankan agama Islam...mempertahankan Baitulmaqdis... sebagai tempat suci dan arah kiblat yang pertama... sungguh murni perjuangan mereka... semoga mereka tergolong dalam golongan yang dimuliakan InsyaAllah...

rasanya itu saja perkara yang ingin dikongsikan...semoga ianya memberi manfaat kepada kita...0.5% pun jadilah...maassalamah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan