Beliau diberi nama Aminah binti haji
Albani, merupakan anak jati semporna sabah. Dilahirkan pada hari jumaat 7 jun
1991. Merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Beliau telah mendapat
pendidikan awal di taski ABIM semporna, kemudian bersekolah di sekolah
kebangsaan Bubul semporna. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah di SMKA Tun Sakaran Semporna dalam aliran sains tulen. Semasa
berada di sekolah menengah beliau pernah menjadi tokoh Nilam (merupakan salah
satu anugerah kepada pelajar yang telah membaca melebihi 500 buah buku dan pernah
menjadi olaragawati di peringkat sekolah dan beliau juga merupakan
seorang pendebat.
Untuk mengejar cita-cita menjadi
seorang penulis dan pemikir Islam,
beliau menukar haluan dari belajar aliran sains kepada aliran sastera
(pengajian Islam), memilih Kolej Dar al-Hikmah sebagai gerbang menimba ilmu untuk peringkat diploma dalam bidang
Usuluddin .
Beliau sangat meminati ilmu perbandingan agama dan Falsafah. Semasa berada di Kolej Dar al-Hikmah,
beliau telah menyandang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Exco Dakwah
dan Tarbiyyah dan menjadi ketua Naqibah
untuk Usrah pelajar Kolej Dar al-Hikmah dan merupakan salah seorang ahli rakan
akademi kajian ketamadunan (AKK). Beliau bergiat aktif dalam program yang
dianjurkan oleh kolej dan program-program yang dianjurkan oleh pihak luar.
Beliau pernah mewakili kolej dar al-hikmah ke program Daie muda anjuran Majlis
Agama Islam Selangor, selain itu juga, beliau juga pernah menyertai tamrin inisiasi
wirawan wirawati skuad prihatin ABIM, seminar dunia islam kontemporari cabaran
dan halatuju masa depan anjuran persatuan ulama’ Malaysia dan banyak lagi. Di dalam lapangan masyarakat, beliau sangat
meminati aktiviti kesukarelawanan dan bergiat aktif dalam program dakwah orang asli bersama Yayasan
al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA). Beliau seringkali menyertai
ekspedisi-ekspedisi dakwah ke kampong-kampung orang asli di pendalaman. Walaupun
sibuk dengan program luar dan dalam, namun beliau tidak pernah melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
Ibu bapa dan para guru-guru menjadi idola beliau. Kini, beliau sedang
menuntut di Universiti Kebangsaan
Malaysia mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan