Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah segala puji bagi Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga.. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk terus update blog ini..syukur..syukur Allah berikan terlalu banyak nikmat kepada diri ini.. terlalu banyak.. Alhamdulillah
sebagai manusia... Allah sentiasa memberi kita nikmat dan ujian..semua itu membawa hikmah2 tersendiri.. hikmah yang semuanya sudah pasti membawa kebaikkan kepada kita tidak kiralah dipandu oleh keberuntungan nikmat mahupun keberatan ujian yang bertandang.. hikmah itu bijaksana dan kebijaksanaan akan diperolehi dan dibawa oleh nikmat dan ujian..untungkan kita? bila mendapat nikmat...kita juga memperolehi hikmah bila ditimpa ujian hikmah juga kita akan dapat..
begitu sayangnya Allah kepada kita, kala terleka kita dikejutkan..kala terlena kita dibangunkan..walaupun sebesar mana kesalahan yang kita lakukan Dia tidak pernah meninggalkan kita.. Ya Allah syukur atas hikmahMu ini.. terlalu besar anugerah ini Kau berikan kepada diriku yang sering alpa dan leka ini..
andai diri ini terlupa atau terleka..
peringatilah diriku..
bimbinglah daku..
jangan biarkan aku menentukan sendiri apa yang ku ingini..
biarlah segalanya atas pilihanMu
kerana aku tahu Engkau sentiasa inginkan yang terbaik untuk hambaMu...
pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2 semua.. dengan nikmat adanya hikmah dengan ujian adanya hikmah..kebijaksanaan sentiasa mengalir bersama kitaran masa kita.. andai kita rasa kehadirannya manfaatkan kewujudannya insyaAllah hidup kita tidak akan sia-sia..lihatlah!! Allah sangat menyayangi kita semua.....Wasalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan