Jumaat, 17 Disember 2010

dipermudahkan apabila bersabar

dalam kehidupan seharian, manusia tidak terlepas dari terus diuji baik berbentuk nikmat mahupun musibah. kesemua itu merupakan ujian menilai sejauh mana tahap keimanan kita kepada Allah s.w.t. di dalam ujian sehari-hari kita seringkali mengeluh. merasakan bahawa segala ujian yang datang tidak mampu di hadapi.terasa terlalu berat sangat.. apabila minda telah memberi tafsiran bhawa ujian membawa kesukaran, secara langsung kekuatan akan beransur lemah..semangat akan mula hilang.. kesan dari semua ini menyebabkan seseorang berputus asa.

berundur sebelum berperang..sebaliknya bagi mereka yang berfikiran positif walaupun sukar namun tetap ditempuhi dengan sabar dan tabah..insyaAllah segala yang sukar akan menjadi mudah. dengan pemikiran yang bebas dari anasir negatif ditambah dengan sifat sabar yang dipupuk dalam diri insyaAllah, Allah akan memudahkan segala kesulitan kita.
Justify Full
apabila kita bersabar.. benda yang sukar jadi mudah, yang kecoh berubah menjadi tenang..dengan kesabaran kita akan memperolehi kedamaian..

"sabar itu separuh daripada iman"

untungnya bagi merek yang bersabr..iman menempat didalam diri. teori sabar diajarkan didalam Islam, ini kerana dengan kesabaran ia membawa banyak kebaikan kepada diri,keluarga dan masyarakat. dengan adanya sifat sabar, tidak berlaku penindasan tidak berlaku pergaduhan tidak berlaku perdebatan tidak berlaku pertengkaran. bayangkan sekiranya seseorang tidak memiliki sifat sabar sudah tentu segala yang dirancang kadangkala mampu diselesaikan tetapi hasilnya tidak sempurna sebaliknya jika kita ingin menyelesaikan sesuatu permasalahan ditambah dengan kesabaran...insyaAllah apa yang dirancang akan dapat diselesaikan dengan kemas dan teratur.

indahnya Islam, mengajarkan kepada hambanya agar bersabar... teori-teori yang diajarkan di dalam Islam jauh lebih baik dari teori yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan seperti Sigmund Freud, Frank Parson, Jesse B.Daris dan ramai lagi. teori yang diterapkan oleh Islam jauh lebih baik.

ingatlah jika kita bersabar Allah akan mempermudahkan segala kesulitan...

Isnin, 13 Disember 2010

hari yang indah

Alhamdulillah masih lagi diberi kekuatan oleh Allah s.w.t masih lagi diberi kesempatan walaupun broadband nie dah 1 bulan 11 hari belum bayar tapi msih boleh guna lagi Alhamdulillah.. hari ini indah sekali... bangun pagi.. tolong mak buat kerja rumah 2/3 hari muhasabah diri...di hari ini nekad mulakan azam baru berpegang dengan apa yang diimpikan... ingin menjadi manusia berguna...moto..

"Amal makruf nahi mungkar"

ingin merubah setiap kelemahan yang ada pada diri...ingin bertukar menjadi yang baik dari sebelum ini..banyak kelemahan yang ada pada diri...kepada sahabat2ku..jika ada salah silapku samada sedar mahupun tidak dengan rendah hati ampun dan maaf dipinta-alam ukhwah untuk semua

p/s penyakit terbaru...virus "malip" atau nama saintifiknya "malas taip" telah menyerang pemilik blog ini... doakan semoga virus ini dapat dihapuskan dan ditambah dengan anti virus "rajipbeniah" atau nama saintifiknya "rajin taip benda berilmiah"... Wallahu ta'ala alam..

Ahad, 12 Disember 2010

Alhamdulillah telh tiba ke destinasi

Assalamualaikum...alhamdulillah akhirnya ana sampai ke destinasi yang dituju...kampung halaman...semporna sabah...dengan rezeki yang Allah berikan dalam kesuntukan masa dan kesempitan wang...Alhamdulillah ada rezeki lain yang menghantar diri ana sampai ke kampung halaman. flight pukul6.30 petang tadi dari Klcc tiba di airport Twu pukul 9.30 malam..

semoga percutian kali ini memberi banyak manfaat kepada diri ini dan kepada ahli keluarga yang lain insyaAllah..

Khamis, 9 Disember 2010

hari ke-4

Assalamualaikum...alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan sehingga ke hari ini terus bernafas di muka bumi Allah ini... hari ini merupakan hari ke-4 menduduki peperiksaan...dh 3 kertas yang diambil....firaq islamiyyah, metodologi penyelidikan dan pengantar pengurusn.. ada 2 lagi kertas...esok pemikiran islam dan lusa english level3..doakan semoga semuanya dipermudahkan... kenapa menulis hari ini?? entahlah mungkin mencari sesuatu yang boleh kurangkan tension.... dengan menulis...dah 3 hari berturut3 tido pukul 3.30 pagi ... padah study last minutes...hehehe apapun bersyukur kehadrat Allah kerana masih lagi boleh bertahan sehingga ke hari ini....

dalam 4 hari menjalani exam...pelbagai cabaran dan ujian2 yang menjadi mutualisme... dh lah pening ngan exam ditambah lagi dengan mutual2 nie..hehehe mcm2... Alhamdulillah walaupun begitu..akal yang diberikan oleh Allah ini masih boleh digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah..

betulkah pelajar nie tidk terleps dari masalah kewangan?

betul la...

sebab apa??

buat2 tak tau pula...kan masih belajar tak kerja lagi tue yang susah...nak perlukan duit mak ayahlah tempat mengadu jadi sedar2lah yer...banyak2 berjimat...nasihat ini fokus untuk dia ni
dia nie kena dimarah...yelah suka membazir..apapun.. nasihat tuk kita semua jangan membazir..






Isnin, 6 Disember 2010

selamat tahun baru Hijrah...1432

assalamualikum..berkat kasih sayang dari sang Pencipta yang agung sehingga ke hari ini masih lagi diberi kehidupan diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berada di muka bumi Allah yang luas ini...1431H telah berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan dan peristiwa samada manis ataupun pahit...Alhamdulillah baik atau buruk dikaut saja. dikesmpatan ini ana mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1432H..SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA.semoga hidup kita diberkati dan dipermudahkan segalanya..indahnya nikmat Allah ini...Syukur alhamdulillah