Rabu, 2 Mac 2016

Teman Terulung

Assalamualaikum w.m.b.. Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya masih lagi diberi kesempatan untuk berjalan, menghirup udara segar dan memaknai saki baki kehidupan yang sememangnya penuh dengan pancaroba. 

Alhamdulillah, minggu kedua bergelar pelajar sarjana, bukanlah mudah sebenarnya.. tidak seperti rutin undergraduated dulu, minggu kedua masih lagi waktu bersantai-santai. tetapi minggu kedua ini sangat sarat dan padat dengan kerja yang banyak. apapun, jalan ini yang telah ku pilih, jadi aku perlu bertahan untuk sebuah kejayaan dan pengharapan dari orang-orang yang aku kasihi.

ok, STOP bercerita tentang cerekarama sarjana. hari ini nak fokus satu topik sahaja, iaitu S.A.H.A.B.A.T. sejak dua menjak nie aku berasa sangat sunyi sekali, kenapa agaknya?

aku bertanya, aku menjawab.. sebabnya.. sahabat baikku dah balik ke kampung halamannya. aku xtahu kenapa, banyak-banyak sahabat yang aku ada, dia pelik sedikit... dia bukan sekadar sahabat, dialah kakak, dialah buddies travel, dialah tukang masak, dialah tukang urut.. dialah itu dan ini, yang paling pelik sekali, bila bergurau.. dia boleh gelak2 sampai berair mata, terguling2.. padahal aku xbuat lawak pon.. (betul! aku xbuat ape2 pon)

nak tahu siapa orangnya? 

kejap ye... 



nah inilah orangnya, Afifah@ kakarock namanya.. 

buruk ku, baik ku dilayankan saja olehnya. ada satu peristiwa yang aku xboleh lupa, waktu aku sakit di kampung orang asli... keracunan makanan.. 4-5 kali juga aku turun naik dari pondok2 kami ke tandas, dalam keadaan gelap gelita dan dingin..pasti orang memilih untuk meneruskan tidur daripada berjaga, tetapi tidak dia, dengan pantas dia bangun dan menemani aku, lepas tue, xtidur lagi..habis satu badan dilumur minyak panas..mungkin dia kasihan melihat aku yang terbujur menahan kesakitan.. 


ok... kejap ye... mata nie tiba2 masuk habuk pula..


sambung semula, 

aku berharap biarlah Allah jaga ukhwah ini, semoga Allah limpahkan kebaikan buat sahabatku ini, aku rasa keikhlasan hatinya bersahabat dengan aku.. xpernah pon dia berkira. ok.. kejap ye..mata terkena habuk lagi..


cukuplah sampai sini, nak ku simpan di dalam hati, xtertanggung rindu, nak ku luah, pada siapa?? hanya sahabat mayaku ini saja, semoga Allah rahmati dirinya dan kita semua.. Amin

Ahad, 28 Februari 2016

Intro dan antro

assalamualaikum w.m.b, Alhamdulillah atas kurniaan Allah, masih punya peluang untuk bernafas, bertinta di ruangan ini walaupun agak lama menyepi dek kekangan masa yang dicuri oleh berbagai perkara.. tapi kali ini harus lapangkan waktu, sebabnya blog ini akan menjadi sebahagian dari diri..

Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, 18 Feb lepas aku sekali lagi mendaftarkan diri di dalam dunia ilmiah, menjadi pelajar sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun terpaksa memakan belanja, namun hasil usaha dan wang gaji yang aku simpan sedikit demi sedikit akhirnya mampu untuk aku menapak di sini sekali lagi.. 

Syukur Alhamdulillah, ianya bukan daripada diriku sahaja, turut dibantu mereka-mereka yang berada di sekelilingku,, tanpa mereka, pasti aku tidak mampu bergerak sendiri. semoga segala bantuan yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan lebih lagi.. 

cerita 4 tahun lepas, sewaktu memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, aku memohon 2 kos yang menjadi keminatanku, Usuluddin dan Antropologi. namun, Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, aku menerima tawaran melanjutkan pelajaran sebagai pelajar ijazah sarjana muda usuluddin dan falsafah. usuluddin tue dah ok, tapi falsafah?? Allah.. itu bukanlah sesuatu yang mudah. namun, semangat yang diberikan oleh bapa sentiasa terngiang-ngiang di telingaku, sjangan mengaku kalah selagi belum menempuhnya.. Alhamdulillah semuanya selesai dengan jaya walaupun aku tidak berjaya mendapat first class, tetapi tidak mengapa, yang penting subjek PENGALAMAN aku dapat "A" bak kata geng JMTku..

dan untuk tahun ini, 2016.. Allah memakbulkan doakan agar mendalami bidang antropologi, ada yang berkata coursework sepertiku mudah sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih sukar daripada research kerana aku perlu melengkapkan 40 jam kredit kelas disamping perlu menghasilkan 1 penulisan ilmiah bagi melengkapkan pengajianku. itu sudah cukup mencabar bagi diriku yang tidak sebijak mereka lain tapi punya semangat yang kuat mahu meningkatkan keupayaan diri.


semoga semuanya kan baik-baik saja, dan aku harap kalian turut sama doakan diriku ini, salam sayang buat semua..di doakan moga kita semua diberkati dan dirahmati.. wassalam

Selasa, 14 April 2015

muhasabah diri, jangan biar hati mati

assalamualaikum.. alhamdulillah atas limpah kurnia dari yang esa, terus bernafas dan masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di muka bumi pinjaman allah ini. sudah lama tidak berkolumnis disini. walaupun mungkin tiada pembacanya, tidak mengapa..cukup sekadaran curahan hati yang gelisah ini diluahkan..

hidup manusia ada turun naiknya.. kadang terlena kadang terjaga, kadang baik bak malaikat kadang jahat melebihi iblis... astaghfirullah..

baik dan buruk adalah tanda aras seseorang.andai baik prestasi di dunia ini, akan beroleh habuan, begitu juga dengan kejahatan.. syurga allah amat mahal, mana mungkin boleh diperolehi dengan mudah. pasti akan ada cabaran-cabaran yang datang menemaninya...

moga, setiap apa yang menimpa kita, berbentuk nikmat dan ujian..dapat diterima dan ditangani dengan sebaiknya.. begitulah kehidupan, gelora ibarat ombak dilautan.. tidak setenang air yang tidak berkocak... pasti mercik menempias didasar batu-batu..

aku menulis, untuk aku bercerita dan menasihati diriku, andai kisah kalian juga sepertiku..mari mengambil ikhtibar bersama-sama...

Jumaat, 10 Oktober 2014

jalan cerita berbeza..

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di dunia ciptaan Allah yang dipenuhi berbagai rasa dan warna warni watak dan ragam.. 

sambil membuat ringkasan bible untuk dibentangkan beberapa minggu lagi, hati tergerak mencoret sesuatu di dalam blog ini. sahabat yang tidak bersuara, menerima apa sahaja yang diluah tanpa bertanya.. 

jalan cerita berbeza??

jalan mana?
cerita apa?
berbeza? apa?

di dunia ini, sudah lumrah, hidup ibarat air lautan, yang tidak selamanya tenang. adakala, berkocak juga, kadangkala mengila hingga boleh meragut nyawa.. begitu juga dengan manusia, macam-macam onak duri mengonarkan diri...

sedih melihat nasib diri, kelemahan, kekurangan lebih banyak pada diri, mereka lebih beruntung sedangkan aku??

stop!! berhenti dari berfikir seperti itu..

sila beringat, ALLAH telah memberikan banyak nikmat..dan nikmat-nikmat ini perlu disyukuri..
walaupun jalan cerita berbeza, mungkin ceritaku lebih pedih, sedangkan ceritamu juga pahit..namun, itu sekadar cerita (pujuk hati).. 

pesanan buat diri.. yang menyakitkan, yang pedih.. lupakan saja, kerana nikmat yang Allah berikan jauh melebihi sedikit kesakitan yang dirasa...

akhir kalam.. segala yang baik datang dari Allah, kekurangan dan kekhilafan datang dari diri..







Jumaat, 26 September 2014

gathering together

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya yang meminjamkan nyawa untuk kita terus bernafas di bumi ini, mencari seberapa banyak bekalan untuk di bawa ke daerah sana kelak. selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga..

Alhamdulillah akhirnya punya kesempatan untuk mencoret monolog hati di dalam blog ini, walaupun sudah lama sunyi sepi tanpa entry baru, namun kali ini ku gagahkan diri menulis lagi insha Allah.



Johnny's restaurant alamanda,Putrajaya

Alhamdulillah hari ini Allah pinjamkan nikmat bahagia buat diri ini, syukur dipanjatkan pada Allah atas kesempatan bersama "mereka" yang Allah hadiahkan dalam hidup ini. sejak pertama kali bertemu dengan mereka, terasa sudah kenal lama, layanan bukan seperti seorang teman, tetapi terasa diri ini seperti saudara mereka sendiri.. terima kasih buat kak wa dan amie sebab sudi bawa jalan-jalan, pergi makan, berbual-bual, semoga ukhwah terjalin hingga akhir hayat..

"Ya Allah, hambaMu ini memohon padaMu, agar dilindungi, dirahmati dan dimurahkan rezeki mereka yang ku kasihi ini, sungguh ukhwah yang engkau pinjamkan ini adalah nikmat yang harus ku syukuri..ameen"


#ku bersyukur atas segalanya Alhamdulillah...