Khamis, 4 September 2014

aku berbicara denganku

Assalamualaikum w.m.b. Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya yang tidak jemu melimpahkan nikmat kepada hambaNya, selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad, para sahabat beserta kaum kerabat.. Alhamdulllah masih lagi bisa menutur tinta, kudrat masih boleh mengerakkan jemari walaupun terkadang kedegilan akal dalam membina bait-bait kata.. 

sudah 6 hari berada di kampung halaman, sungguh!! atmosfera begitu berbeza dengan bumi kuliahku.. masa banyak dihabiskan buat keluarga, Alhamdulillah waktu ini harus dimanfaatkan sebaiknya memandangkan kuliah bagi tahun ke-3 akan bermula tidak lama lagi..

semester akan datang pasti lebih mencabar berbanding semester sebelum ini, terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, terlalu banyak "keliaran"..amal ibadah, pelajaran, tanggungjawab.. sungguh terkadang diri ini terlupa, ini semua AMANAH!! selalu memenangkan hati ini yang tidak boleh menerima paksaan, mungkin kali ini diriku perlu belajar untuk mengalah, kalah bukan malang,tapi kalah untuk memintarkan ilmu kehidupan..perlu ada anjakan untuk diri, bagaimana jadi maju kalau asyik duduk dalam kepompong baldu, sedangkan kadangkala aku harus berbaring di atas kain sekasar guni, panas menghadap mentari..

dunia universiti, terlalu banyak membuat percubaan, selalu gagal,berjaya pernah sekali cuma.. sebab sifat cuba-cuba tetapi tidak bersungguh-sungguh, ibaratnya aku hanya lari setempat tanpa membuat pusingan di stadium yang besar (beranalogi)..sebelum tamat belajar, aku perlu terus mencari hidupku, setting betul2 agar bila aku "dilepaskan" nanti dalam masyarakat, aku bukan menjadi minah kial yang terus terkial-kial..harus perlu punya matlamat...

keyakinan + usaha + doa = berjaya (PERCAYA JANJI ALLAH)

moga langkahku diiringi rahmatnya, tidak tersasar diriku dari landasanNya...
Allah ada bersamaku... 
Bismillah untuk segala kebaikan yang ingin dimulakan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan