Rabu, 28 April 2010

CK Bab...1

Di bawah kilauan bintang-bintang sambil memandang ke langit, si ayah yang kelihatan sudah tua sedang berehat sambil-sambil membaca senaskah majalah yang diambilnya dari pejabat tadi.................
dengan keasyikan membaca majalah yang penuh dengan topik menarik tiba-tiba si ayah terhenti kemudian membuka kaca matanya yang kelihat sudah usang, bermonolog si ayah ini sendiri...
"anak-anak aku masih kecil sendangkan aku dan isteriku sudah semakin lanjut usia, bagaimanalah agaknya aku ingin membesarkan dan meyekolahkan mereka nanti". si ayah berfikir sambil memikirkan jalan...
walaupun pada zahirnya si ayah merupakan seorang penjawat awam namun dia hanya mendapat gaji sekadar hanya mampu untuk menyara keluarganya.. dan apabila si ayah sudah mencecahh usia 60 tahu, dia terpaksa berhenti untuk bekerja. si ayah sebenarnya bernasib baik, diberi peluang berkerja sehingga usia 60 kerana bekerja atas nama kontrak bukannya pencen. tiba-tiba lamunannya terhenti apabila kedengan anaknya sedang menangis, hinggakan suara anaknya itu memecah suasana malam..
hari bertukar hari bulan dan tahun silih berganti, anak-anaknya mula membesar sama seperti kanaak-kanaak yang lain, anaknya yang sulung bernama hakim manakala anaknya yang bongsu bernama amnah. kedua-dua anaknya ini menjadi peghibur bagi si ayah tua ini bersama isterinya. sampailah saat dimana anaknya yang sulung telah menerima tawaran untuk memasuki sekolah agama berasrama penuh. dengan perasaan berat hati bercampur sedih kerana buat pertama kali si ayath dan isterinya terpaksa mengizinkan anak sulungnya untuk tinggal di asrama kerana bagi si ayah...
"aku kena bertahan, aku tidak memiliki apa-apa harta, apa yang aku mampu hanya memberi pembelajaran yang sempurna untuk anak-anakku".. si ayah melakukan ini semua untuk kebaikan anak-anaknya.
hari-hari berlalu membawa bersama perasaan berat hati dan sedih yang ditanggung oleh si ayah tua ini bersama isterinya, kerana akhirnya si ayah menerima hakikat bahawa kepemergian anaknya adalah untuk mengaut segala ilmu dan meraih kejayaan bagi mengejar cita-citanya.
hakim belajar dengan bersungguh-sungguh hinggakan hampir setiap tahun anak suluh kepada si ayah tua ini merangkul pelbagai jenis anugerah atas kecelikannya dalam akademik mahupun kokurikulum. si ayah dan ibu yang sudah mula di mamah usia ini berasa sangat bangga kepada segala pencapaian yang diperolehi oleh anak sulungnya ini.
dalam masa yang sama, si ayah dan ibu ini cuba untuk memberi pendidikan dan metod tarbiyah yang sama untuk anak bongsu mereka, lebih-lebih lagi anak bongsu mereka ini adalah seorang perempuan. ianya harus diberikan pelbagai ilmu yang bermanfaat agar dapat dijadikan benteng dan perisan dalam hidupnya.

harapan insan devotees... memberi inspirasi....

HARAPAN (Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan)
Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan
Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi
Moga hiadayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan ,Hilangkan kedukaan
Demi masa yang ditunggu
kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan

Selasa, 27 April 2010

nak lah kalo cmtue....

hari nie ada banyak kelas tapi kelas yang pertama buat ana sangat teruja sangat minat sangat........ nak tau subjek apa?? subjek "ulum Quran".. subjek nie best sangat... terlalu banyak ilmu yang berkaitan al quran anataranya ialah majaz quran, nuzul quran,gharibul quran, nasikh dan mansukh, dan banyak lagi...........hah! banyak sangat ilmu dalam ulum quran... kalau ada kesempatan ana nak beljar semua ilmu-ilmu nie... nak jadi ulul albab?? sahabat-sahabat tak salah tau kita minat dan berkeinginan untuk belajar banyak ilmu.
nak lah kalo cmtue ....
nak apa?
nak belajar lah semua ilmu matematik+agama+seni+sains+........ etc
ya Allah berkatilah kami semua...permudahkanlah bagi kami dalam menuntut ilmu
kerana aku meyakini Engkaulah yang lebih memahami
amin..............

Isnin, 26 April 2010

nak belajar itu? boleh kah?

nak belajar itu......... belajar menulis?boleh kah?pandai kah? apapun cubalah... perkataan seperti ini seringkali kedengaran daripada segelintir insan yang sebenarnya mempunyai bakat tetapi kurang meyakini diri sendiri. agaknya kenapa ya? adakah kerana kurangnya dorongan atau bagaimana? tetapi jika ditanamkan sifat positif pada diri dengan latihan yang kuat sudah pasti seorang yang tidak pandai menulis boleh jadi pandai menulis bukan setakat pandai menulis tetapi akan menjadi seorang pakar menulis........ bila senyap sendiri sambil termenung mood nak menulis akan menjadi 100% terasa segala dimenungkan mencurah2 macam volcano.... tetapi bila dah mula duduk kat depan pc atau laptop mulalah "hanggg.." kenapa agaknya? kerana kurangnya semangat nak menulis ...keinginan hanya ingin2 ayam ja bukannya ingin2 sangat begitulah dengan ana juga.... selalu ja ingin2 ayam...
menulis sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya, bila kita sudah merasai halawahnya kita akan mula jatuh cinta padanya....kadangkala kalau orang dah asyik menulis pena yang digenggam ibarat emas, keyboard yang ditekan ibarat ketulan2 permata yang disentuh...
di setiap tulisan yang kita hasilkan juga kita kenalah meletakkan pelbagai jenis input agar isi yang terkandung di dalam hasil tulisan kita akan bersifat beraneka... ana ada seorang kawan lama sama2 kelas waktu form 5 dia sangat rajin menulis.setiap kali matapelajaran bahasa malaysia jangan hairanlah kerana dia akan menjadi top student, mana xnya.... semua hasil karangnnya memang bgus!! bila membaca hasil2 karangan yang dibuatnya dahulu... ana menanam azam tuk menjadi seperti dia... suka menulis.... teringat kalau nak tulis diari terhad semuka untuk 1 hari tetapi bagi dia.... cerita sehari di tulis sehingga ke 2-3 muka... rajin sangat dia menulis... dalam kelas dulu... cikgu selalu komen karangan kiteorang yang kelihatan sangat tidak matang... berbeza dengan dia yang sering menerima pujian bertimbun2... nak jadilah macam dia tapi boleh kah??
cikgu hajah inda salbiah kata boleh ja yang penting banyak latihan.... so mulai hari ini ana nak mengajak sahabat2 semua agar mula menulis.... tulislah apa saja yang kamu mahu yang penting biarlah input2 di dalam hasil tulisan kamu memberi manfaat kepada ummat... insyaALLAH
jika dilakukan secara istiqamah pasti anda semua akan menadi seorang penulis yang berjaya...

opick taubat..........

wahai tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu
wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah jiwaku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
Ya robbi
izinkanlah aku kembali padamu meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa
berikanlah aku kesempatan waktua ku ingin kembali kembali...
dan meski aku tak layak sujud padamu