Rabu, 27 Februari 2013

coretan petang

Assalamualaikum Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya meminjamkan ruh yang masih menempat di dalam jasad untuk meneruskan sisa baki kehidupan sebelum kembali semula ke sisiNya... Alhamdulillah syukur... terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada diri ini sehingga rasa syukur yang dipanjatkan tidak mampu menebus semula segala limpahan nikmat yang datang dariNya... petang yang sunyi ini, suara titisan hujan yang jatuh membasahi bumi Ukm.. membawa minda melayang jauh, menembusi lapisan bumi dan cekerawala, memikirkan bukan pada yang dihidupkan, yang diciptakan tetapi memikirkan pada yang mencipta, yang menghidupkan...Dia yang sentiasa memerhati, mendampingi dikala beringat atau alpa... 

nikmat ini tidak dapat untuk diceritakan, namun terasa sangat bertuah kerana Allah masih lagi sudi memangdang hambaNya yang alpa ini.. inilah yang dicari-cari, teguran dan ketukan agar hati terjaga dari terus terlena.. kita sebagai manusia seharusnya beringat bahawa dunia ini sementara, jangan terlalu taksubkan dunia ini.. beringat!! tiada siapa diantara kita yang dapat menjamin, yang dia akan hidup esok hari dan tiada siapa diantara kita dapat menentukan yang dia akan mati pada hari ini tanpa izinNya.. nikmat yang diraih mestilah disyukuri..

sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan tetapi entah kenapa susah untuk saya luahkan dalam bentuk penulisan mahupun lisan, mungkin ada hikmah ianya terus didiamkan... cuma, dengan sedaya upaya saya cuba memerah pengajaran untuk dikongsikan apa yang saya rasakan saat ini..

kita sebagai manusia

1) perlu mensyukuri apa yang kita perolehi
2) jangan melampaui batas
3) berkasih sayang antara sesama islam
4) dalam setiap yang dilakukan berfikir baik dan buruknya
5) umat islamlah yang kena menjaga kemuliaan islam itu sendiri

wallahu ta'ala a'lam... wassalam..


Selasa, 19 Februari 2013

xda mood

Assalamualaikum...Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, masih lagi diberi kesempatan tuk update blog nie...syukur..syukur... Alhamdulillah setelah hampir sebulan cuti semester...hari ini merupakan hari terakhir berada di baiti jannati... Alhamdulillah...

apapun saya gembira kerana Allah beri kesempatan untuk saya bercuti bersama keluarga...

Jumaat, 11 Januari 2013

belajar dari "AJARI AKU"

Assalamualaikum w.m.b Alhamdulillah atas nikmat hidup, kesihatan dan kesempatan yang masih diberikan oleh Allah untuk mengumpul seberapa banyak bekalan di bawa ke daerah sana kelak...syukur... Alhamdulillah walaupun 2 minggu ini sibuk berdepan dengan ujian dunia... Final Exam namun masih diberi kelapangan untuk menulis di dalam blog kesayangan ini.. untuk kesekian kalinya.. Alhamdulillah malam ini, hati rasa sangat tenang walaupun esok kena berdepan dengan exam lagi... ya Allah syukur Alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah.. nikmat ini tidak mampu untuk ku perolehi tanpa izin dariMu..

saya ingin berkongsi, sesuatu yang bagi saya amat menarik sekali, tetapi saya tidak pasti samada ianya menarik bagi sahabat2 semua..  beberapa minit yang lalu, saya baru saja selesai download sebuah lagu baru yang dinyanyikan oleh anuar zain.. tajuk lagu tue "AJARI AKU"... menurut sahabat saya, kak maryam..lagu tue untuk kekasih. tapi saya memandang lagu itu dari sudut lain.. lagu itu sanngat merdu dan sayu... slow..sedap didengar... ermmm.. sepertinya bicara seorang hamba yang lemah sedang mengadu kepada penciptanya...subahanallah.. sangat2 berterima kasih kepada pencipta lagu "AJARI AKU" sangat memberi kesan kepada hati ini...

bila mendengar lagu "AJARI AKU" seperti kehadiranNya sangat dekat padaku... 

andai menitis airmata ini,
diriku tidak marah,
apatah lagi menuduh sesiapa,
sebab aku tahu Allah sedang melembutkan hatiku,
dari menjadi keras dan kaku,

ya Allah ajari aku...
kerana hanya Engkau yang bisa..
Hanya Engkau yang tahu semua inginku...
tersangat bangganya aku..
pada agamaku..
pada Nabiku..
pada kasih sayang ibu bapaku
pada nikmat ahli keluarga.
pada setia sahabat2 disekelilingku..

Engkau betul2 mengetuk hatiku..
terima kasih ya Allah..
Semoga Engkau meredhaiku, bersama ahli keluarga dan sahabat serta orang2 yang ada disekelilingku...Amin



Isnin, 31 Disember 2012

kalam terakhir di 2012

Assalamualaikum wmb Alhamdulillah atas limpah kurnia dariNya, pinjaman nyawa dan jiwa antara nikmat yang seharusnya disyukuri... Alhamdulillah pejam celik hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012. ya Allah..terlalu cepat masa berlalu, pahit manis, hitam putih semuanya menjadi hiasan dalam kehidupan.. pada tahun ini peristiwa terbesar yang berlaku dalam hidup ini, dan ini merupakan nikmat dunia yang semestinya ku syukuri.. ditempatkan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang yang sangat aku minati Usuluddin dan falsafah..syukur Alhamdulillah ya Allah luahan hati hambaMu ini Engkau dengar meskipun hambaMu ini sering khilaf..

semakin hari semakin dewasa diri ini, hari dan bulan beredar pergi tahun yang silih berganti.. satu demi satu pengalaman yang dilalui...zaman kanak-kanak yang menyeronokkan telah pergi, zaman remaja yang mula meinggalkan diri ini...owh!! sangat cepat masa berlalu. semoga diri ini terus dilindungi.. semoga kedatangan tahun baru ini segala salah silap, dosa diampunkan dan biarlah kehidupan di tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...

di dalam perjalanan ini aku yang memegang watak sebagai seorang anak, pelajar,sahabat di pentas dunia mungkin banyak kesilapan yang diriku lakukan semoga pada tahun hadapan semuanya dapat ku lakukan dengan sebaiknya..terima kasih buat semua yang membuat hari-hariku menjadi indah..keluarga yang dicintai, guru2 yang dikasihi dan sahabat2 yang disayangi... terlalu banyak yang manis dan tidak kurang juga yang pahit terpaksa ditelan..walau tidak dapat diceritakan tetapi semuanya masih tersimpan rapi di kotak minda, insyaAllah hingga ke akhir hayat... semoga tahun hadapan lebih baik dari sebelumnya...Kullu am wa antum bi khair insyaAllah... wassalam. :)


Rabu, 19 Disember 2012

untuk konvo nanti :) insyaAllah

Beliau diberi nama Aminah binti haji Albani, merupakan anak jati semporna sabah. Dilahirkan pada hari jumaat 7 jun 1991. Merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di taski ABIM semporna, kemudian bersekolah di sekolah kebangsaan Bubul semporna. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMKA Tun Sakaran Semporna dalam aliran sains tulen. Semasa berada di sekolah menengah beliau pernah menjadi tokoh Nilam (merupakan salah satu anugerah kepada pelajar yang telah membaca melebihi 500 buah buku  dan pernah  menjadi olaragawati di peringkat sekolah dan beliau juga merupakan seorang pendebat.
Untuk mengejar cita-cita menjadi seorang  penulis dan pemikir Islam, beliau menukar haluan dari belajar aliran sains kepada aliran sastera (pengajian Islam), memilih Kolej Dar al-Hikmah sebagai gerbang menimba ilmu untuk peringkat diploma dalam bidang Usuluddin . Beliau sangat meminati ilmu perbandingan agama dan Falsafah. Semasa berada di Kolej Dar al-Hikmah, beliau telah menyandang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Exco Dakwah dan Tarbiyyah dan  menjadi ketua Naqibah untuk Usrah pelajar Kolej Dar al-Hikmah dan merupakan salah seorang ahli rakan akademi kajian ketamadunan (AKK). Beliau bergiat aktif dalam program yang dianjurkan oleh kolej dan program-program yang dianjurkan oleh pihak luar. Beliau pernah mewakili kolej dar al-hikmah ke program Daie muda anjuran Majlis Agama Islam Selangor, selain itu juga, beliau juga pernah menyertai tamrin inisiasi wirawan wirawati skuad prihatin ABIM, seminar dunia islam kontemporari cabaran dan halatuju masa depan anjuran persatuan ulama’ Malaysia dan banyak lagi.  Di dalam lapangan masyarakat, beliau sangat meminati aktiviti kesukarelawanan dan bergiat aktif  dalam program dakwah orang asli bersama Yayasan al-Khalifah dan Islamic Outreach Abim (IOA). Beliau seringkali menyertai ekspedisi-ekspedisi dakwah ke kampong-kampung orang asli di pendalaman. Walaupun sibuk dengan program luar dan dalam, namun beliau tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.  Ibu bapa dan para guru-guru menjadi idola beliau. Kini, beliau sedang menuntut  di Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah.