Jumaat, 31 Disember 2010

harapan di tahun baru..






Alhamdulillah sampai juga ke penghujung 2010..sepanjang tahun 2010 terlalu banyak perkara yang dilalui...baik atau buruk semuanya ditelan..dijadikan bekalan untuk meneruskan hidup..dijadikan peringatan agar tidak melakukan kembali kesilapan lalu. di tahun 2010 juga menyimpan pelbagai memori bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan pensyarah2, orang-orang disekeliling serta sahabat-sahabat di maya... sepanjang tahun 2010 juga pelbagai pengalaman yang dilalui... join buat kerja sukarela di kampung-kampung orang asli, menjadi MPP KDH/2010, join sebagai urusetia MTQ antarabangsa di PWTC, join senior2 PKPIM buat program menara gading UKM, jadi pembantu penyelidik kat MAHA di Mardi, join Sirah muzikal di JAKIM anjuran ISMA... huhu banyak benda... nak cerita sampai esok tak habis..


semua yang dilalui dijadikan kenangan yang terindah dalam hidup walaupun ada yang pahit dan manis.. semuanya di simpan di dalam kotak memori yang sangat besar kapasitinya iaitu [otak]...inilah hidup... yang pahit tidak kurang juga. ada 2 perkara yang tidak akan luput dari ingatan antaranya ialah terlibat dalam kemalangan sewaktu bulan ramadhan dan di kejar oleh sekumpulan mat rempit di highway putrajaya.. waktu tue, hanya Allah saja yang tahu perasaan ini.... dah lah yang duduk kat dalam kereta mejoriti perempuan...

dalam tahun ini juga rasanya 5 kali balik sabah.. Alhamdulillah rezeki dari Allah..

tapi.............

ana berharap... walaupun tahun ini banyak kebaikan semoga tahun depan lebih baik... semoga ...

amal ibadah +
sedekah +
tidur -
mengata -
akhlak baik +
belajar +

dan berharap semoga tahun depan

= dapat menyelesaikan diploma
=bayar yuran darul hikmah
=dapat ambil sijil bahasa arab MARSAH
=dapat cari tahfiz
=dapat kerja sambilan
=dapat buat kerja dakwah
=dapat menjaga diri
=dapat jadi mukminah bertakwa
=dapat meninggalkan sifat2 buruk
= dapat...apa2 je yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat serta baik untuk ISLAM..


Target:
1) menulis sebuah buku
2) berazam menambah bilangan bacaan buku target 300 buah buku [ direkodkan]
3) ingin cari kerja sambilan
4) bayar broadband sehingga bulan 5..

amboi........banyaknya...... boleh ke nie??

insyaAllah semog dipermudahkan:)

wasalam

2 ulasan:

  1. hahaha...rasa nak tergelak baca target yg no.4
    anyway,slmt tahun baru,enti..
    semoga terus dgn rahmat,hidayah dan kasih-sayang Allah..

    p/s : umur kita semakin bertambah,maka tanggungjawab juga semakin banyak :)

    BalasPadam