Khamis, 12 Mei 2011

sayu rasanya...

Assalamualaikum w.m.b syukur ke atas Allah s.w.t selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini, menghirup udara yang segar walaupun ketika ini nikmat sihat ditarik sebentar. namun saya tetap bersyukur kerana sakit ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.

bila sakit saya terfikir macam-macam, maklumlah sakit ini mempunyai dua pengakhiran samada sihat semula atau sebaliknya. bila rasa sakit seperti sekarang saya merasakan sesuatu yang jarang sekali saya rasakan keinginan membuak-buak untuk mendekatkan diri denganNya... terasa terlalu rindu denganNya dan ingin berada sentiasa disampingNya..

bila rasa sakit, terkenang dosa-dosa lama yang pernah dilakukan, semuanya melintasi minda seperti pita rakaman yang sedang dimainkan.. Ya Allah kerdilnya hambaMu ini ya Allah...bila rasa sakit sebegini, baru tersedar selama kehidupan ini banyak dosa yang telah dilakukan samada sedar ataupun tidak..ingin sekali diri ini mengambil air yang jernih membasuh semula hati ini.. menghilangkan titik-titik hitam yang bertompok yang semakin lama semakin banyak...

sayu rasanya hati ini.. keadaan yang kurang sihat ditambah dengan cuaca yang lembab dan sejuk, kenangan dari hujan yang telah turun membasahi bumi.. ketika sakit, risau rasanya tetapi kena bersedia, kerana ajal maut datangnya tidak dijemput hadirnya tidak pernah disangka-sangka.. datangnya menamatkan pengembaraan diri ini sebagai seorang manusia, hamba kepadaNya... takut..rasa seram sejuk namun kena sentiasa bersedia...

sebelum apa-apa berlaku, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat-sahabat mungkin ada kata-kata yang kasar mengguris hati, maaf dipinta dari diri saya hamba yang hina ini dan seringkali terleka sering kali berbuat dosa..doa untuk kita semua moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah... Wassalam...

2 ulasan:

  1. ana pun minta maaf juga segala salah dan silap..
    do pray for my final exam, enti ^^

    BalasPadam
  2. amin moga Allah beri kejayaan untuk enti :)dan kawan2 yg lain

    BalasPadam